Garisan Artik ialah salah satu daripada lima
garis lintang utama yang menandai peta
Bumi. Pada tahun 2012, Garisan Artik selari dengan
latitud 66° 33′ 44″ (or 66.5622°)
[1] di utara
Khatulistiwa.Kawasan di utara Garisan Artik dipanggil
Artik, sementara kawasan di selatannya dipanggil
Zon Sederhana Utara.
Garisan kutub yang seumpamanya di
Hemisfera Selatan dipanggil
Garisan Antartik.Garisan Artik adalah garis lintang yang paling selatan di Hemisfera Utara di mana matahari boleh kekal di atas atau bawah kaki langit selama 24 jam (iaitu masing-masing pada solstis Jun dan solstis Disember). Di utara Garisan Artik,
matahari berada di atas
kaki langit selama 24
jam berturut-turut sekurang-kurangnya sekali dalam
setahun (oleh itu tampak pada tengah malam), dan di bawah kaki langit selama 24 jam berturut-turut sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pada Garisan Artik itu sendiri, fenomena-fenomena itu berlaku tepat setahun sekali secara prinsip, iaitu masing-masing pada
solstis Jun dan Disember.Oleh itu, nampaknya Garisan Artik menandakan hujung selatan
siang kutub (24-hour sunlit day, often referred to as the
matahari tengah malam) dan
malam kutub (24-hour sunless night) di hemisfera utara. Sebenarnya, disebabkan
pembiasan atmosfera,
logamaya dan rupa matahari sebagai cakera dan bukan titik, sedikit matahari tengah malam itu boleh kelihatan pada malam
solstis Jun sehingga sekitar 50
′ (90 km (56 mi)) ke selatan Garisan Artik; begitu juga pada hari
solstis Disember, sedikit matahari boleh kelihatan hingga 50′ di utara Garisan Artik. Itu benar di paras laut; had-had itu bertambah sejajar dengan ketinggian tanah dari paras laut, namun di kawasan bergunung lazimnya tidak boleh melihat kaki langit secara terus.Kedudukan Garisan Artik tidak berkekalan di satu tempat. Ia secara langsung bergantung pada
kecondongan paksi Bumi yang berubah-ubah dalam margin 2° selama 40,000 tahun,
[2] terutama sekali disebabkan oleh
daya pasang surut dari
orbit Bulan. Garisan Artik kini sedang hanyut ke arah utara pada kelajuan sekitat 15 m (49 ka) setahun.